Hadis Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w mengumumkan kepada orang-ramai mengenai kemangkatan Raja Najasyi, kemudian baginda keluar menuju ke tempat sembahyang bersama kaum Muslimin dan mendirikan sembahyang jenazah dengan bertakbir sebanyak empat kali.
Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang ke atas jenazah Asamah An-Najasyi, Baginda bertakbir sebanyak empat kali.
