Hadis Abdullah r.a: Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w tanpa membawa isteri. Kami bertanya Rasulullah bolehkah kami mengembiri (kasi) kemaluan kami. Rasulullah segera menahan kami dari melakukannya. Baginda membenarkan kami mengahwini orang perempuan bermas-kahwinkan sehelai baju untuk tempoh waktu yang tertentu, kemudian Abdullah membaca firman Allah:
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Tukang azan Rasulullah s.a.w telah menemui kami dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengizinkan kamu menikmati mut'ah iaitu mengahwini perempuan secara mut'ah iaitu mengahwini mereka untuk suatu tempoh tertentu.
Hadis Ali bin Abi Talib k.w: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang iaitu umat Islam berkahwin secara mut'ah pada hari peperangan Khaibar. Rasulullah s.a.w juga melarang dari memakan daging keldai peliharaan pada hari tersebut.
