Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman.
Hadis Imran bin Husaini r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.
