Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa membeli kambing yang dibiarkan dengan tidak diperah susunya hendaklah membawanya kembali dan memerah susunya. Sekiranya beliau redha dengan keadaan air susunya maka ambillah kambing itu, sekiranya dia tidak redha, dia boleh mengembalikannya dengan disertai segantang buah kurma.
