Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika aku sakit Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar telah datang menziarahiku secara berjalan kaki. Kemudian aku pengsan. Lalu Baginda berwuduk dan menuang air wuduknya ke atasku lantas aku tersedar. Kemudian aku berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk aku menguruskan harta aku? Baginda tidak menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat mirath: يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ Yang bermaksud: Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah.
