Hadis Nu'man bin Basyir r.a: Beliau telah diajak oleh ayahnya datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu ayahnya berkata: Saya telah memberikan seorang hamba kepada anak saya ini, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kesemua anakmu itu kamu berikan seperti anak ini? Ayahku menjawab: Tidak! Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ambil kembali hamba budak itu.
