Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melarang kami dari bernazar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menolak sesuatupun tetapi dengan nazar itulah (sesuatu) dikeluarkan dari orang yang bakhil.
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil.
