Hadis Anas r.a: Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.
