Hadis Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: Sekiranya manusia diberi peluang untuk membuat tuntutan mereka, nescaya mereka akan membuat tuntutan darah dan harta. (Kerana itu, penuntut mesti mendatangkan saksi). Tetapi, sumpah itu diwajibkan ke atas orang yang terdakwa.
