Hadis Abdullah bin Mughaffal r.a katanya: Pada hari peperangan Khaibar aku telah menemui sebuah bekas yang diperbuat dari kulit yang mengandungi lemak. Aku terus mengambilnya dan berkata di dalam hati bahawa aku tidak akan memberikan temuanku ini kepada sesiapa pun. Aku berpaling kepada Rasulullah s.a.w sedangkan pada ketika itu baginda sedang memandangku sambil tersenyum.
