Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a: Diriwayatkan daripada Yazid bin Abu Ubaid r.a daripada Salamah bin Al-Akwa' katanya: Beliau telah datang menemui Al-Hajjaj, lalu beliau ditanya: Wahai Ibnu Al-Akwa'! Kenapa kamu pulang semula? Adakah kamu masih ingin tinggal di negerimu? Salamah menjawab: Tidak! Tetapi Rasulullah s.a.w yang mengizinkan aku pulang ke kampung.
