Hadis Mujasyik bin Mas'ud As-Sulami r.a katanya: Aku berjumpa Nabi s.a.w untuk berikrar setia dengan baginda untuk sama-sama berhijrah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, tetapi ikrar setia yang masih boleh dilakukan ialah terhadap Islam, jihad dan melakukan kebaikan.
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Pada hari pembukaan iaitu pembukaan Kota Mekah Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah. Yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta untuk keluar berjihad, maka lakukanlah.
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w ditanya tentang Hijrah. Beliau menjawab dengan bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta berjihad, maka lakukanlah.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Seorang arab yang berasal dari pedalaman bertanya Rasulullah s.a.w mengenai Hijrah. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Mengapa kamu bertanya demikian, sesungguhnya Hijrah itu sangat berat. Adakah kamu mempunyai unta? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Adakah kamu akan menjadikannya sebagai sedekah? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Lakukanlah di belakang kampung. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalanmu.
