Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.
Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang yang digunakan oleh seorang hamba untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.
Hadis Abu Ayyub r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik daripada apa yang telah diterbitkan dan diterbenamkan oleh matahari.
