Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhaniy r.a: Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan Allah maka samalah halnya dengan beliau turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan keluarga yang ditinggalkannya dengan baik maka bererti beliau juga telah ikut berperang.
