Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a katanya: Seorang lelaki mengajukan pertanyaan kepada Nabi s.a.w bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu ketika di dalam sembahyangnya. Baginda bersabda: Dia tidak perlu membatalkan sembahyangnya sehinggalah dia terdengar suara atau tercium bau.
