Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.
Hadis Sulaiman bin Surad r.a katanya: Dua orang lelaki sedang mencaci-maki di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada mereka matanya menjadi merah dan urat darah di lehernya timbul. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila ianya diucapkan maka apa yang beliau derita itu menjadi hilang, iaitu أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Yang bermaksud: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Lelaki itu berkata: Apakah engkau (baginda) melihat aku gila?.
