Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah s.w.t, kerana itulah Dia memuji Zat-Nya sendiri. Begitu juga tidak ada seorangpun yang lebih marah daripada Allah s.w.t itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t adalah Pemurka dan orang yang beriman juga adalah pemarah. Allah s.w.t akan murka terhadap orang mukmin apabila melakukan perbuatan haram.
