Hadis Ibnu Abbas r.a: Tentang firman Allah: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w:: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu. وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan.
Hadis Aisyah r.a: Tentang firman Allah s.w.t: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu dan jangan pula kamu memperlahankannya. Beliau berkata: Ayat ini ditujukan pada doa.
