Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah ingin menyeksa sesuatu kaum nescaya azab-Nya akan menimpa sesiapa sahaja yang berada di kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut amalan yang telah mereka lakukan.
