Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Maghrib ketika matahari sudah terbenam dan tidak kelihatan.
Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Kami pernah sembahyang Maghrib bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seorang daripada kami meninggalkan tempat sembahyang dan sesungguhnya dia masih dapat melihat tempat letak anak panahnya.
