Hadis Hafsah r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Hafsah Ummul Mukminin menceritakan kepadanya bahawa: Ketika tukang azan selesai dari melaungkan azan untuk sembahyang Subuh, baginda akan mendirikan sembahyang sunat dua rakaat dengan ringkas sebelum mendirikan sembahyang Subuh.
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat fajar dua rakaat sebaik saja baginda mendengar suara azan dan baginda meringkaskannya.
