Hadis Aisyah r.a katanya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w membaca satu ayat pun semasa sembahyang malam dalam keadaan duduk sehinggalah pada malam tersebut baginda bertakbir, baginda membaca dalam keadaan duduk. Apabila masih ada lagi tiga puluh ayat atau empat puluh ayat dari surah tersebut barulah baginda berdiri dan membacanya sambil berdiri lalu baginda rukuk.
Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Syaqiq katanya: Aku bertanya Aisyah: Adakah nabi s.a.w pernah sembahyang dalam keadaan duduk? Aisyah menjawab: Ya! Baginda sembahyang sambil duduk ketika usia baginda telah lanjut.
